Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network)
Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook), komputer tangan (palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming).Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat dan terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah.
Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik capaian (access point), perisian rangkaian( Novell Netware, LANtastic)5. Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS)
Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:
- Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
- Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
- Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak selasi)
- Mengelola permintaan layanan printer.
- Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.
- Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.
Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98, Windows NT, Novell Netware dan UNIX6. Hab(Hub)
Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star). Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam rangkaian. Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8 ports (RM550), 10Base16ports (RM1200)
7. Bridge dan gateways
Untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian satu bridge perlu disediakan untuk antaramuka (interface) yang serasi. Manakala satu gateway perlu digunakan untuk antaramuka yang berbeza dari segi pekakasan dan perisian.8. Router
Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang berhubung. Kebaikan router ialah
- Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan.
- Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian.
- Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.
- Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.
9. Perisian aplikasi
Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan rangkian dikawal oleh perisian rangkaian. Contoh perisian aplikasi, Excel, Lotus 1-2-3, Word, WordPerfect dll.
No comments:
Post a Comment